Thursday, September 5, 2013

Ujian

Hari ini,
Aku diuji lagi,
Ujian yang bukan biasanya datang.

Kali ini,
Betul-betul menguji,
Sampaikah aku melakukan hal sebegitu rupa?
Tidak.
Kerana itulah aku menangis.

Menangis kerana keliru,
Keliru dengan apa yang aku mahu,
Keliru dengan ujian apakah yang datang saat ini.

Ya tuhan,
Bantulah aku,
Aku bukan kuat,
Aku cuma manusia biasa,
Yang sering bazirkan air matanya,
pada hal yang tidak sepatutnya.

Saat ini,
Aku keliru,
Akan apa yang harusku lakukan seterusnya.

Saat ini,
aku cuma mahu sendiri,
berfikir,
dan memuhasabah diri.

-Nooren-

No comments: