Thursday, December 29, 2011

Sweet.

Ada sorang kawan saya, kumpul duit bertahun-tahun nak pegi melawat gf dia yg belajar kat Perancis. Dan sekarang dah pun dapat pegi sana jumpa gf dia. Sweet kan??





Tu je nak cakap. bye.


Saturday, December 17, 2011

The Reacher and The Settler.

The Reacher 
  • Someone yang not hot, not cute and not handsome. Kaya pun tak. Tapi di atas nasib baik, dia berjaya dapat someone yang above of his/her league and level which is lagi cantik, or handsome.
  • Ada keyakinan diri yang rendah.
  • Mudah jealous dalam relationship.
  • Selalu clingy terhadap pasangan dan mudah berasa insecure.
  • Sanggup buat apa je demi pasangan.
  • Selalu di control.
  • Kalau dia merajuk, pasangan tak akan pujuk; Kena pujuk diri sendiri.
  • Tapi kalau pasangan merajuk, dia cepat-cepat pujuk.
  • Susah untuk marah pasangan walau apa pun pasangan tu buat.
  • Kalau pasangan buat benda-benda yang boleh mendatangkan kecil hati, The Reacher akan tutup sebelah mata.
  • Sebelum start in relationship dulu-dulu, dia lah yang buat first move dan luahkan perasaan. 

The Settler.
  • Someone yang hot, top, cute and handsome tapi in relationship dengan someone yang bawah dari level dia which is someone yang tak handsome dan tak cute dan low confident.
  • Ada keyakinan diri yang tinggi.
  • Teramat-amat-amat-amat susah untuk berasa insecure.
  • Selalu relax-relax sebab tahu pasangan tak akan curang. 
  • Jealous terhadap pasangan amat jarang berlaku.
  • Ego yang tinggi.
  • Kalau pasangan merajuk, dia tak akan pujuk.
  • Mendominasi perhubungan.
  • Nak makan kat mana, pergi mana dan sebagainya adalah based on kemahuan The Settler.
  • Kalau The Settler kata "NO", The Reacher tak akan banyak cakap.
Taken from- Blog Mr.K

p/s: Nak jugak rasa jd The Settler kan. baru best. Tak de la sik rasa makan hati je. =P

Kembalikan senyumku

Sekian lama mendung masih disini
Belum permisi tinggalkan pengap didada
Kecewanya hatiku hilangkan relung hati
Hampir saja ku mati
Mati rasa padamu


Kembalikan lagi senyumku yang manis seperti dulu
Ku rasa kini aku tertahan
Menahan luka yang amat dalam


Kembalikan lagi senyumku aku tak betah begini
Semenjak hati dan jiwa luka
Ku kehilangan senyum


Sekian lama mendung masih disini
Belum permisi tinggalkan pengap didada


Kembalikan lagi senyumku yang manis seperti dulu
Ku rasa kini aku tertahan
Menahan luka yang amat dalam


Kembalikan lagi senyumku aku tak betah begini
Semenjak hati dan jiwa luka
Ku kehilangan senyumku


Kembalikan lagi senyumku aku tak betah begini
Semenjak hati dan jiwa luka
Ku kehilangan senyum





Kembalikan senyumku-by Melly Goeslow

p/s: I have lost my smile. ='(

Saturday, December 10, 2011

Teruk

Ada banyak yang terpendam,
Tapi tak terluahkan,
Sebab tiada kekuatan.







pens off. =(

Wednesday, December 7, 2011

Sedetik Lebih..

Lirik dia indah la.. baru je perasan. eheh.
suka2. =)






Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya.

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu..



p/s: aku perlu belajar menjadi lebih tenang, dalam segala hal..

pens off. =/

Saturday, November 19, 2011

Complicated

saya nak nasihatkan korg, tak perlu baca kot entry ni. sebab this is too personal, more to inside myself, kalau nak baca pon boleh, but i am sure u won't understand it..

semua org kata, takda masaalah yang tak boleh diselesaikan kan..

tp sebaliknya berlaku pada saya..
ada satu perkara ni..
macam takkan ada penyelesaian, pengakhiran..
makin lama makin teruk..
unless ianya dah berakhir,
selagi tak berakhir selagi tu akan menjadi bebanan..
i can't even share it with anyone else..
even my parents or my friend.
melainkan Allah..


saya ada satu kelemahan..
saya terlalu menghormati individu tertentu..
seperti 'my' doctor, my lecturer, my parents..
sampai kadang2 bila deal dengan orang2  tersebut, saya tak boleh nak bersuara untuk menegakkan hak saya sendiri, even saya tak salah..
saya rela biarkan mereka rasa yang mereka betul..
memang betul2 tak ada kekuatan untuk bersuara mengeluarkan pendapat atau menegur mereka apa yang mereka silap..
kecuali perkara yang nyata sebabnya..
sampai satu masa dulu, saya pernah buat perkara yang betul2 tak masuk akal disebabkan kelemahan ni.
things that people never expect..
things that really stupid and reckless..
i tend to be like that, seriously..


this thing somehow,really effect me, my study, my behavior. my relationship with other people..
saya dah jd semakin pendiam, semakin penyedih,,
sebab apa2 saya buat saya akan teringat..
ia macam menghantui..
orang cakap, kita tak boleh lari dari masaalah,
tapi saya tak tau macam mana nak hadapi, macam langsung tak ada kekuatan,
saya nak give up, tp tak tau macam mana nak give up..
betul2 menghimpit,
i let that thing kill me slowly..
untill i lost myself..
harap2 tak la sampai macam tu..
saya cuma ada Allah untuk saya mengadu, menangis..
sekarang ni rasa lega sikit, untuk sementara, sebab dah luahkan semuanya..




im sorry for being too personal..

pens off.

Tuesday, November 1, 2011

No title.

I wish i could be the one who is 'suffer in silence' type..



tend to keep things by myself..
bukan jenis yang suka kecoh-kecoh..
bukan jenis yang suka update status bukan2 kat fb..
bukan jenis yang suka marah2 orang sesuka hati..



do not bother others life..
(sudah cuba kurangkan seboleh2nya, i mean, gossiping other people)



the one who listen more than talk..



the one who do not cause trouble to others..
i use to cause trouble to someone recently, to seek his attention, to make us getting closer, but then i realize it is totally wrong. I make things worse. sorry..


i wish i could be..at least better than who i am now..



because, i am totally not perfect..


p/s: sedih dgn diri sendiri.


enough merapu! pens off.

Sunday, October 16, 2011

...


you.. yes you.. u make me hurt so bad.
The one who can make me hurt so much is the one who i love the most.

p/s: esok ada test, tapi langsung tak boleh nak study sebab setiap kali teringat mesti nangis. macam mana ni?

pens off.

Saturday, October 15, 2011

Fall in love. ^^

Tajuk nak saspen kan. hihi

sebenarnya jatuh hati dengan ini..





ini..




ini..





dan ini..




dan banyak lagi..

baru jumpa ni kat youtube.
mungkin sy dah ketinggalan kot, ramai yang dah discover dia.

orang yang sama dengan style yang sama.

sangat suka cara dia.punyai personaliti tersendiri. =)

kalau rajin tengok la. it's worth. eheh.



p/s: menunggu ni sangat penat kan. jadi jangan lah simply memberi orang lain harapan palsu. tak emo tak emo, cuma terlintas saja. =)

pens off. <3

Sunday, October 2, 2011

Lumrah.

Assalamualaikum.

Memang lumrah alam ke,ada orang sukakan kita sangat-sangat tapi sikit pon kita tak boleh nak sukakan dia lepas dah cuba bersungguh-sungguh untuk sukakan dia.

Dan lagi satu, orang yang kita suka sangat-sangat tak ada perasaan pulak kat kita.

memang lumrah eh macam tu?

Letih kan setiap kali macam tu.

Cakap berbelit-belit macam tak ada arah tuju kan? memang pon.

TT




Gambar pon takde kena mengena kan.


Pens off.

Sunday, September 25, 2011

wordless. ^^



lama tak update kan.. tawu.. sobs..

nampak picture kat atas tu kan?  amat2lah tertarik dengan each and every word dalam gambar tu.. tak tau kenapa..

korang macam mana?

p/s: esok ada test microbial infection. perlu study dengan gigih. tapi tak bersemangat pula. sobs.

Sunday, August 21, 2011

angan..

seringkali memujuk diri ini,
'tidak semua yg kita inginkan kita akan perolehi'..

aku sering dikurniakan yang terbaik untukku.
sama ada yang aku ingin atau tidak terlalu inginkan.
aku bersyukur sekali.
kadangkala berasa diri ini amat beruntung..

tapi ia tidak selamanya..
dikala aku TERLALU mahukan sesuatu,
dan amat yakin sekali aku akan memperolehinya,
malangnya ia tidak berpihak kepada ku..

hati ini menangis.
amat terkilan sekali,
setiap kali melihat impian yang telah sekian lama itu,
terkubur begitu sahaja..

sering memujuk diri ini,
dia telah memberikan terlalu banyak untukku,
mungkin aku perlu mengorbankan yang satu ini,
dia juga tidak akan selamanya memberikan kesenangan kepada hambanya,
mungkin cubaan itu perlu kadang kala,
untuk kita terus mengingatinya,
tidak terus alpa dek kesenangan..

hati yang pedih dan kecewa bukan mudah untuk diubati,
memang begitu lumrahnya,
tapi aku perlu tabah,
dan terus tabah,..
untuk terus menjalani kehidupan.
mungkin akan ada peluang untukku di lain masa.
ya mungkin..






pens off.

Wednesday, August 3, 2011

Me and my braces. =)

saya bosan sebenarnya tapi rasa malas sangat nak update blog. Blogger baru sepatutnya perlu gigih kan, tapi ntahla, saya xpandai menulis sebenarnya, tak layak pon digelar blogger. cuma menulis tentang diri sendiri, orang sekeliling, itu je yang termampu setakat ini. Menghasilkan entry2 berkualiti memang belum termampu lagi. ahha. panjang pulak intro. Baiklah,tanpa membuang masa mari kita teruskan ke topik utama. (bosan gila cara penulisan sebegini bukan?) ah, biarkan.


For ur information guys, saya dah sebulan pakai braces tapi baru sekarang nak up entry sebabnya  'malas'. omg, sangat tidak bagus kan. Tssk.Kali ni saya nak review tentang kronologi pemakaian braces saya dari mula sampai sekarang. In case bagi sesiapa yg nak tahu apa-apa tentang pemakaian braces sebabnya ramai juga yang bertanya. Bagi sapa2 yang tak nak tau pon tak apa, boleh je baca, dan sapa2 yang tak nak baca pon tidak apa2 juga,boleh skip saja entry ini. (kenapa la cakap berbelit2 macam ni. tssk) saya nak bgtau awal2 yang entry ni panjang taw.=)


saya buat number by number okay supaya senang nak faham.

1. Sebab saya memakai braces.
soalan ni ramai juga yang bertanya marah memarahi juga ada seperti ini "hey,gigi kaw bukan dah cantik ke kenapa nak pakai2 benda alah ni?" FYI guys, gigi saya sangatlah tak cantik malah seperti disaster sahaja.tsskk. saya mempunyai gigi yang berlapis di bahagian depan atas, gigi bawah yang semuanya tak align dalam satu barisan, juga gigi bernombor 21 yg terperosok kedalam. macam terkena tsunami saja bukan tapi itulah realitinya. jadi janganlah memarahi saya lagi lepas ni kerana saya memang amat2lah memerlukan braces untuk membetulkan semula keadaan gigi. saya nak tunjuk korang semua keadaan gigi yang sangat teruk ni tapi malangnya tidak ada satu gambar pon yang jelas menunjukkan gigi sebabnya selama ini saya bergambar semuanya close lips sebab gigi tak cantik. see, itu saja sudah membuktikan betapa....... (fikir sendiri.. haha)


2. Kronologi pemakaian braces.
saya plan untuk pakai memang dah lama since form 5 tapi tak ada masa yang sesuai dan keadaan kewangan keluarga juga masih belum stabil ketika itu. tunggu punya tunggu saya rasa ni la masa  yang paling sesuai sebab saya cuti sem selama 4 bulan. apa2 yang berlaku sepanjang permulaan pemakaian braces ni biarlah semasa saya dirumah kan, in case kalau sakit ke apa ke, mak saya ada. eheh. and then lepas tu saya buat survey apa semua, finally saya ambil keputusan nak buat kat satu klinik ni. Buat on the spot macam ni haruslah di klinik swasta, sebab kalau bercadang nak buat kat klinik kerajaan kena masuk waiting list dia dan masa menunggu tu boleh jadi setahun atau dua tahun.(base on my survey). then bila dah melalui process concultancy dari doc kat klinik tu, saya terus say yes.haha excited kan.sebabnya doktor tu sangat2 lah menyenangkan dan memahami buatkan saya tak ragu2 nak buat dengan dia. salah satu sebab saya pilih klinik dia ialah doktor melayu. saya bukan racist, cuma kita akan lebih memahami antara satu sama lain. after process consultancy, dia buat ortho impression. masa ni dia ambil acuan gigi, ambil gambar, etc. sehari lepas tu saya buat x-ray bahagian jaw and keseluruhan kepala. lepas one week dia analyse semuanya, baru start pasang selama lebih kurang dua jam. finally i got my braces. teehee. =)


3. Type of my braces.
braces yang saya pakai ni lain sikit jenis dia. tak macam yang korang selalu tengok tu.nama dia 'Damon Self Ligating Braces'.yang lainnya sebab dia tak da elastic ligature yang warna warni tu. saya pon tak tau macam mana nak explain. tapi rupa dia mcm ni la.yang ini lebih cantik pada saya. eheh

tak da benda warna warni kan (google)

full image(google).. ini bukan gigi saya, gigi saya masih belum jadi secantik ini. eheh



4. Kos
Total cos for my teeth is rm6000+. In case kalau korang nak pakai memang kena get ready dari segi kewangan lah. memang agak mahal but it worth. =)


5. Sakit ke?
sepanjang sebulan saya pakai, tak ada lah sakit mana. sebenarnya tak sakit pon. cuma mulut korang kena adapt lah sebab bukan senang tiba2 ada foreign matter dalam mulut kan. bagi yang sensitive, mula2 tu memang akan ada ulcer sikit.tp sekejap je,once mulut korang dah adapt, dah okay dah. saya tak taula, tapi doctor saya cakap,jenis braces yang saya pakai tu memang mengurangkan kesakitan sebab tu dia agak mahal sikit. so far, saya tak ada apa2 problem lagi.


I'm just sharing kalau ada yang nak tau. saya rasa pengalaman sendiri tu lebih berharga berbanding jika kita cuma membaca fakta.rasanya tu je kot, kalau ada soalan lain2 lagi, boleh je tanya. ni beberapa gambar lepas saya pakai braces.


what do you think?




terpaksa senyum lebar2 untuk mendapatkan view gigi. tssk


oklah, jap lagi nak bangun bersahur. saya tido dulu. till then, take care people. =)

pens off.

Saturday, July 2, 2011

jom berangan!

Disebabkan saya bosan yang terlampau amat jadi sepanjang masa dihabiskan dengan berangan. Jadi kali ni nak ajak korang berangan sama2 jugak. hihi

kalau semua ni jadi kenyataan memang sangat happy dan bersyukur.

kepada bakal suami saya nanti,mari saya bagitahu kengininan yang tidak seberapa ini. hikhikhik
( tak seberapa lah sangat, lepas baca ni confirm takde orang mahu menjadi sang suami.TT)

ok,tidak mahu membuang masa mari kita mulakan..






1. menunaikan umrah bersama suami.

ini memang impian saya untuk mengerjakankan umrah bersama setelah berkahwin nanti sekaligus dengan berbulan madu. (hoi! gatal gila dah pikir pasal kahwin!)hehe









2. Holiday ke Paris

malu nak taip honeymoon jadi gantikan dengan word holiday. hehe









3. bermain di Hong Kong disneyland!


ini sememangnya impian sejak kecil. seronoknyaa! (again, saya sorang je yang excited terlebih)








4. Menghirup udara segar di Bukit Tinggi



Tak dapat yang atas-atas tadi pun takpe tapi yang ni saya memang berharap sangat.




kenapa saya hendak melakukan semua ini dengan sang suami adalah kerana haruslah ada peneman semasa pergi berjalan2 ditempat yang jauh begitu kan, jadi jika ada sang suami yang berjantina lelaki semestinya berasa amatlah secure dan boleh melindungi diri saya dari orang2 jahat. (alasan semata-mata padahal sudah berangan mahu berkahwin! =.=' )


confirm lepas ni semua orang teragak2 mahu menjadikan saya calon isteri bukan. TT .. Takpe, ini cuma angan2 sahaja, kalau tak dapat pon takpe. (tetapi masih kuat berharap. haha. keji)


till then..



take care people!

p/s: thanks a lot kepada follower2 yang sudi follow blog picisan saya ni. =)

Friday, July 1, 2011

bloglist ADIB SYAZWAN

Gua rasa xsalah kalau gua nak join bloglist skali skale ye dak? haha ayat nak gud2 je kan.



okay, back to the topic. Kenapa saya join bloglist ni ialah sebab ianya simple sangat dan xmemeningkan kepala jadi saya join la just for fun.sounds good aite? FYI, this is my very first time saya join segmen yang dianjurkan oleh blogger lain. =)

kalau korang nak join juga boleh just click at the banner kat atas tu then join. simple je.

till then, selamat menjoin! ade ke word 'menjoin'.hehe gasak la. =)

Thursday, June 30, 2011

Quiling art yang sangat cute!

Do you ever heard about quiling art?

Kali ni saya guna I okay sbb lebih simple. hikhik (jangan muntah)

Jadi harini I nak review tentang quiling art sebab lately kan, I dah tergoda dengan art ni yang kawan I buat, then dia upload picture kat facebook. Cute gila, seriosly OMG!! okay, I sorang je yang excited, fine! TT

Okay,I xtau la korang pernah tau ke x about this so cool art atau I yang sebenarnya ketinggalan zaman kan.haha.  I xtau macam mana nak explain kat korang ape bende quiling art ni sebenarnya. I explain guna picture je la ye dan I tunjuk sebahagian je, nak lagi search kat google ye. xmo malas!









Cute sangat kan!

I ada buat satu tapi xberapa cantik sebab xda quiling kit (alat2 nak buat art ni). I guna tangan je, so little bit messy dan buruk. TT. xpela, nak tunjuk jugak. taraaa


ye tau, xcomel macam yang kat atas tu. tssk TT
Ingat nak dedicate untuk someone tp xcantik la pulak. kuikui. Xpe, nanti buat yang lain.

p/s: I dah seminggu pakai braces taw, nnt I update pasal braces pulak.

Ok then, i nak sambung BW. take care peeps. :)

Friday, June 17, 2011

25 random fact about me.=)

salam.. =)

memandangkan sy dah xtau nak buat entry apa, jd rakan2 ada mencadangkan sy membuat 25 random fact about myself. huhu. kalau nak baca silakan la, sy alu2 kan dan sape yg xnak bace pon xpe, sy xkisah. ok, xmau cakap banyak, lets get started guys!

fact 1: sy seorang yang emosional dan hot tempered. sgt mudah melenting kalau ada org gila  yang menyakitkan hati dan sangat mudah cool juga.

fact2: kalau orang yang xkenal akan cakap sy sombong sbb sy xmudah mesra dgn orang sbb pemalu, tp bila dah kenal sy okay je sebenarnya. huhu

fact3: suka pastel colour, sbb xberani nak pakai colour2 garang. sbb again, sy pemalu. (sila jgn muntah)

fact 4: kalau sayang orang akan bersungguh2 dan kalau membenci juga akan bersungguh2.

fact5:suka make up tp xpandai make up. :'(

fact6: sgt suka bershopping!! *rolling eyes* hehe. tp dah xboleh bershopping bagai nak gila lg sbb kene mula berjimat mulai hari ini. TT

fact7: ada 5 org adik beradik, 3 perempuan 2 lelaki dan sy anak sulung taw!

fact8: ada bestfren nama ruby dan sarah dan kedua-duanya cantik. TT

fact9: seorang yang sangat kuat tido tp selalu xboleh tido malam (insomnia) TT

fact10: bernafsu besar terhadap makanan tp setiap kali makan boleh muat sikit je dalam perut. sedih.

fact11: suka makan  ayam kfc! walaupun berjuta2 kali makan dalam seminggu masih juga boleh telan.

fact12: suka diambil gambar tp langsung xpandai pose. sedih lagi.

fact13: seorang yang berhati rapuh. senang sangat menangis kalau melihat perkara2 menyedihkan. even rindu sikit pon akan menangis sampai mata bengkak2. apatah lagi jika dimarahi.

fact14: sangat2 girlish tetapi tidak suka barang2 perempuan seperti coklat, bunga, teddy bear.

fact15:amek kos bioperubatan tp langsung xnampak ciri2 seperti pelajar bioperubatan kata orang2 sekeliling. :'(

fact16:langsung tidak pandai bersukan. sedih bukan? asik sedih je bila nak happy pulak? TT

fact17: suka wedges xsuka heels!

fact18:hari jadi pada 24 disember dan selalu org xperasan sbb sedang seronok bercuti.:'(

fact19: tidak pernah ber'couple'. hehe. perlu kerrr??

fact20: tidak ada lesung pipit dan cemburu pada orang2 yang berlesung pipit. nampak beno dah xde idea. haha

fact21: suka alam semula jadi dan dah pun dinyatakan di entry sebelum ini.

fact22: sangat suka perkara2 jiwang dan romantik walaupun xromantik langsung.

fact23:xsesuai memakai shawl, jadi cemburu pada perempuan2 cantik yg cantik apabila memakai shawl diluar sana. TT

fact24:masih belum ada lesen memandu kerana tidak yakin pada diri untuk mengambil lesen memandu. loser bukan?

fact25:akan menjadi pemakai braces yang tegar. boleh plak kan. haha. dan juga amat lega apabila sudah sampai ke fact yg ke25. fuhh!

semuanya menyedihkan kan kawan2? sy pon xpasti mengapa ianya terjadi.

jadi, maaf jikalau agak membosankan disini. and lastly..



take care people. =P

Tuesday, June 14, 2011

I love nature so much!!

The title tells everything aite? ^^

yeah, i love nature so much. Kalau sy diberi pilihan antara shopping complex yang gah2, ataupun tempat2 yang dipenuhi pokok2 hijau dan lautan biru yang luas untuk sy menghabiskan masa, i prefer the second one. =)

Tengok la gambar2 kat bawah ni. I bet u'all mesti akan tergoda!







Green forest






blue ocean


cantik kan? rasa macam xsabar nak pegi bulan madu. hehe. gatal!

ok, back to the topic, sebenarnya sy nak cerita tentang my recent hobby masa cuti ni. lately, sy suka berkebun, tanam bunga, yang ada kene mengena dengan nature. rasa macam sweet je. hehe.

meh sy nak tunjuk sikit bunga2 yang sy dah berjaya tanam.


 





yeah i know, bukanlah taman bunga sangat pon kan. haha

sikit je bunga2 tu. yelah sy tinggal kat rumah teres je pon, mana la ada tanah sangat nak buat berkebun. lain lah kalau duduk kawasan kampung kan. heaven!

That's all people. and lastly..

saya cintai alam bak kata budak cute dalam iklan lifebuoy.

till then, take care people. =)

p/s: missing someone. hehe

Monday, June 6, 2011

Two important thing

I wanna share the two important thing that i wanna do within this semester break.

1. perkara pertama ialah memakai braces. Nak buat masa cuti sebab biarlah menanggung semua kesakitan dirumah. tak nak la ganggu masa belajar sebab sakit, demam bagai kan.



hope hasilnya akan secantik ini walaupun diri sendiri xcantik. tsskk TT

2. perkara kedua ialah nak ambil lesen kereta. loser bukan ambil lesen kereta lambat. haha. itulah, parents suruh ambil lepas spm bagi seribu alasan, malas la, nak kerje la, xda mood la. bila tengok kawan2 sebaya semua dah ada lesen kereta baru nak gelabah. tssk TT_TT

hope everything going smooth. pray for me ya.

till then, enjoy your day peeps. =)

Wednesday, May 25, 2011

Dream comes true =)

saya nak story pasal haritu. cerita dia macam ni. sy ada sorg kawan yg abang sedara dia photographer. satu hari ni that photographer, nama dia wan nak buat outing photoshoot outdoor kat area jonkerwalk melaka and he need a talent. "talent" hehe. *shining eyes*.pang skali! ok, nak dijadikan cerita, kawan sy am ni ntah macam mana dia boleh terfikir nak try sy. nak try?betul ke word ni? haha. sy ni dahla dah lama berangan bende2 macam ni dan xpernah terfikir akan dapat peluang macam ni. it just like "mimpi je lah noren!" tssk. and now, peluang dah ada depan mata. walaupun sedikit berdebar, eh sedikit ke? haha, sy terima je lah peluang ni. mungkin ini sekali je datang seumur hidup ni kan. so, i accept that challenge! photoG wan kata, tema dia bebas. sy bebas nak pakai apa2 pon yang sy suka dan xperlu make up. natural je. best kan.

Keesokan hari, photoG wan amik sy kat rumah sekali dengan kawan sy am. am ialah  kawan saya sejak tadika. dia ni consider my very bestfren. eh boleh nak consider2 pulak.then,kitorang bertolak ke melaka. kat melaka photoG wan bawak saya jumpa dengan the other 3 photographer. mereka ialah, photoG faiz, abg adnan, dan juga naim. Total ada 4 orang. OMG! saya rasa mcm sgt nervous sbb 4 org itu dikira sangat ramai pada saya. TT. mula lah rasa down, sbb mcm xmampu je. tp dorg sangat2 baik dan ajar macam mana nak pose ape semua, so, sy dah mula yakin dan enjoy. kitorg start kat kat area bangunan merah. masa tengah2 shoot tu, semua org yang lalu lalang bisik2 sesama sendiri. sebenarnya bukan la bisik, kuat je dorg cakap. ada yang sy dengar dorg cakap, "eh, model2, jom la amik sign dia". hahaha. malunya!! ada pulak sorg aunty ni dia puji sy depan2 "u're are really beautifull and ur dress too". masa tu sy rasa cam happy sangat. sape xhappy kene puji kan. hehe. ok, enough noren! after dah settle kat bangunan merah,kitorg lunch+rest sekejap, then bertolak ke Taman Seribu Bunga and proceed there.

After that, dah settle semua kitorg pergi minum sebelum berpisah. dorang mcm soksek2 sendiri tengok hasil yang dorg capture td. sy nak tengok jugak gambar2 tu. tp dorg xbagi.dorg kata suprise. sob sob. sy memang asik kene buli aje ngan dorg semua sepanjang shooting. tp at last dorg bagi jugak. hehe.

Here some of the picture. sy xletak semua sbb macam batak je nak letak semua kat dalam ni kan. haha.










credit to seelapmataphotography, kuda terbang dan D'momentz photography.


till then, enjoy your day people.=)