Wednesday, March 26, 2014

Aku dah banyak kali kena benda macam ni. Diperbodohkan dek orang. Dipergunakan dek orang. Banyak kali dah. Tapi aku tetap tak sedar. Tak belajar dari kesilapan. Tapi kenapa tiap-tiap kali pun macam ni? Mungkin sebab kebodohan sendiri. Sebab kebodohan sendiri ni la yg membolehkan orang mempergunakan aku macam sekarang ni. Yang lagi pelik aku macam rela je diperlakukan sebegitu. Macam lembu kena cucuk hidung. Ataupun macam orang yg dah terkena nasi kangkang. Perumpamaan dia. Aku tulis ni supaya hari-hari seterusnya aku ingat yang harini aku pernah menangis kerana kebodohan sendiri. Semoga esok aku sedar. Semoga aku boleh ambil tindakan untuk bela diri sendiri dari manusia-manusia kejam bertopeng diluar sana tu. Semoga esok aku lebih berhati hati memilih manusia yang hatinya betul betul baik dan ikhlas untuk dijadikan sahabat.

Sunday, March 9, 2014


Ni aku nak bagitau ni.


Aku bercadang nak sepi sekejap.

Sebab aku nak pegi cari kekuatan.

Kekuatan untuk aku teruskan kehidupan.

Mana ntah dia hilang.

Bila dah jumpa nanti aku keluar balik. Sama-sama dengan kekuatan tu.

Mungkin setahun ke. Dua tahun ke. Aku pun tak tau.

Dan mungkin bila aku keluar balik, dah tak ada sapa ingat kat aku dah.

Dan kalau jumpa aku kat mana-mana, tak payah tegur.

Kalau teguran tu untuk menyakitkan. Menambah luka-luka aku.

Sebab kalau kau tegur, kau pasti tanya khabar aku. Khabar aku sekarang tak baik. Nanti kau tanya kenapa.

Aku takkan boleh jawab. Aku akan bertambah sedih sebab gagal jawab soalan kau.

Ni aku cuma nak bagitau la.

Kalau ada sesiapa yang nak tau.

Eh mungkin tak ada sesiapa yang nak tau.

Sebab blog ni pun tak ada orang baca.



Kadang-kadang aku rasa nak jadi kaunselor.

Kaunselor pada mereka-mereka yang telah tersesat jauh.

Atau pada mereka-mereka yang berada di penjara atas kesalahan-kesalahan jenayah.

Jika ada yang memerlukan sukarelawan untuk itu, aku takkan ragu-ragu calonkan diri.

Aku ingin tolong kerana simpati. Terlalu simpati. Dan memahami.

Sebab aku dah pernah rasa apa yang mereka rasa.

Yang tentunya tak akan ada sesiapa yang akan faham apa yang kita lalui.


Friday, March 7, 2014


I have ruined my own life.

Aku menyesal atas segalanya.

Masihkah ada kemaafan untuk aku?

Ya Allah kau ampuni lah segala dosa yang telah aku perbuat.

Berilah kesempatan untuk aku perbetulkan kesilapanku.

Berilah kesempatan untuk aku merasa nikmatmu, ketenangan serta kebahagiaan.


Thursday, February 27, 2014

Definition of strong



Strong ni pada aku ada banyak bentuk.

Sebab kekuatan setiap orang lain-lain.

Aku bagi contoh la. Contoh dikalangan orang-orang terdekat aku.

Ada kawan aku ni, kuat betul untuk redha dengan ujian yang dorang tempuh.

Dorang boleh bangun dari ujian, redha atas apa yang ditakdirkan dan hidup dengan ceria semula.

Pada aku itu satu bentuk kekuatan yang memang aku patut respect.

Tapi bentuk kekuatan tu tak ada pada aku.

Bentuk kekuatan aku lain.

Aku tak ada kekuatan untuk meredhakan saja apa yang ditakdirkan untuk aku.

Pada aku takdir boleh diubah dengan berusaha.

Aku jenis yang rebel.

Aku akan berjuang mati-matian untuk dapat hak aku. Aku takkan duduk diam dan cuba terima seadanya.

Aku sanggup kalau perlu jumpa dengan perdana menteri sekalipun untuk dapatkan apa yang aku nak, dapatkan hak aku. Ini perumpamaan dia.

Disebabkan aku tak ada kekuatan nak redha sebelum aku berusaha jadi kekuatan aku adalah untuk perjuangkan bermati-matian apa yang aku nak.

Even kawan aku pun cakap benda yang sama. "Sape tak kenal nooren. Dia mesti dapatkan apa yang dia nak, respect betul"-shiro

Lepas kawan aku cakap baru la aku sedar tentang benda ni sebenarnya.

Tapi kalau aku tak dapat apa yang aku nak, aku akan jadi selemah-lemah manusia. Susah nak bangkit semula lepas tu. Ini tak bagus langsung kan.

Aku cuma harap aku ada kedua-dua bentuk kekuatan ni.


Wednesday, February 26, 2014

Kurus


Harini aku balik rumah.

Mak tanya kenapa kurus sangat?

Ayah pulak tanya demam ke ni badan susut je?

Bila update kat tuiter kawan-kawan pun cakap memang aku nampak kurus sangat baru-baru ni.

Baru-baru ni memang aku stress sikit dan emosi tak stabil. Asik nak nangis je. Selera makan pun takde sangat.

Aku pelik jugak.

Baru je dua tiga hari emosi tak stabil berat badan aku dah turun mendadak.

Lemak-lemak aku keluar skali dengan air mata yang keluar tu ke?

Sebenarnya dah lama dah pelik dengan benda ni.

Aku kalau lepas menangis berat mesti lepas tu aku rasa badan aku dah kurus, ringan dan takde energy.

Aku cite kat rumet pasal ni.

Dia kata wahh untunglah kau kalau nak turun berat badan kau nangis je la. haha

Tapi aku risau. Aku ni dahla cengeng suka nangis. Jadi nanti apa je yang tinggal.

Aku taknak jadi jerangkung woi. T.T


Tuesday, February 25, 2014

Just another hectic day



Harini aku ada kelas macam biasa.

Kelas pertama adalah elektif luar yang start jam 9.00-10.50 pagi.

Patutnya ada sorg lagi kawan amik sama-sama, tapi pagi-pagi tadi aku dapat mesej yang jam credit lebih dia dept tak approve. Aku rasa kejam betul dept. Dah final year kot consider lah kan even dia extend ke apa tu lain cite lah. haih. Ni lah dept aku.

Makanya, aku sorg-sorg lah kena amik kos ni. Kos ni nama Teknologi dan budaya. Kelas kat APM. It was so damn far tapi aku takde choice lain dah.

Jadi, dengan susah payahnya sampailah kat APM. Kelas macam biasa je, everything was okay, environment sume aku selesa lah. Cuma lonely sikit. Tapi chill lah, macam tak biasa lonely camni kan. haha

Kelas habis tepat kol 10.50 pagi dan lepas tu kol 11 aku ada kelas kat fakulti pulak. Ini elektif fakulti nama dia Advanced medical microbiology. Kau bayangkan 10 minit aku nak kena berkejaran dari APM ke fac medic dengan jalan kaki. Nak naik bas amik masa pulak dah la ada 10 min je. Semput gila nafas takleh nak bayang oi. It takes me roughly 25 min to reach fac medic. Muka toksah cite dah pucat gila sebab aku terkejar-kejar.

So aku dah lambat 15 min. Aku dah rasa macam give up taknak masuk kelas dengan baju kurung basah gila tapi takboleh ponteng nanti obvious gila sebab kelas tu 5 orang je yang amik. So nak taknak aku kena masuk gak. Masuk-masuk je, thanks god kelas belum start sebab ada projecter problem. Tapi kelas lepas-lepas ni taktau la macam mana nak survive kan.

Ohh lupa kelas EL tadi dia nak tambah satu lagi kelas untuk tutorial. Ada dua pilihan sama ada kau nak amik kelas 8-9 or 1-2 hari yang sama. So since pagi tadi aku tak tau ada kelas kol 8-9 sebab tadi 1st time datang so kena la datang yang 1-2 punya.

So lepas kelas kat fac medic tadi aku kena berkejaran ke APM semula. Dengan susah payahnya sampai la kat APM. Tengok-tengok aku sorg je yg datang. Aku sorg dan cikgu sorg. Dalam banyak-banyak 50 student tu aku sorg yang datang? Gila. Memang awkward moment habis la satu jam aku dengan cikgu tu. Ah lantaklah janji aku datang attendence penuh. 

Habis kelas jam 2. Dari APM aku nak balik 1st college pulak. Jalan kaki jugak. Sebab kalau amik bas kena tukar bagai aku mana mahir selok belok bas UM ni. Noob.

Jalan punya jalan aku dah nak sampai first kolej ni tiba-tiba jalan dekat tasik kena tutup sebab dia tengah tar. So aku kena pusing balik satu tasik tu untuk sampai ke 1st kolej. Kau bayangkan aku punya la penat nak pengsan dah ni pastu kena pusing balik? Punya la bengang tak terkata sampai aku ternangis tengah-tengah jalan tu. Aku peduli apa ada orang nampak ke tak janji perasaan aku lega.

Sebenarnya dari awal-awal tadi I keep telling myself that I am a strong girl. I can do this no matter what. Tapi last-last aku lemah jugak. Aku nangis jugak.

Aku pun tak tau la kenapa aku tulis pasal ni. Layankan je la eh.


Sunday, February 23, 2014

Gelang pink







Nampak tak gelang pink itu?

Saya rindu si pemberi gelang pink itu sebenarnya.

I miss u so bad :'(

Sekarang dah pandai dah takde mood takde mood nak makan bila sedih rindu camni.

Ohh apa dah jadi pada saya.

Ini adalah membahayakan.

Rasa nak pakai je gelang pink itu ke mana-mana.

Pegi kelas, tido, mandi, makan dan sebagainya.

Tapi takboleh obvious sangat, nanti orang kata budak ni pelik tak boleh nak tinggal gelang dia.

Ohh sesudah entry ini ditulis pun masih juga rindu.

Rindu memang takkan habis. Tak pernah hilang.

Sekarang saya dah merepek.

Jadi baiklah buat kerja berfaedah setelah seharian tak buat apa-apa.

Sebab rindu.

Saturday, February 22, 2014

...

Tak tau la ni sebab period ke apa perasaan jadi rapuh sangat. Before ni sedih jugak tapi still kuat nak tahan. Aku ni jenis yang simpan semua benda. Tak reti nak luah, cerita kat sape-sape. Even family pun. Soal hati dan masalah sendiri memang tak pandai cerita kat orang. Masalah yang general yg melibatkan ramai orang baru la share, tu pun pada yang betul-betul nak dengar, pada yang alami benda yang sama. Sebab aku rasa macam takde orang yang akan faham, takde orang yang betul-betul nak dengar, dan malu nak luahkan. Tu yang selalu rasa lonely, bila rasa nak luahkan tapi tak tau nak luahkan macam mana, kat sape, last-last nangis je sorang-sorang sampai puas, sampai tertidur. Ke sebab perangai anak sulung macam ni? Suka pendam sendiri semua sorang-sorang nak orang tengok kita ni baik-baik je, happy. Ataupun sebab aku ni memang penyedih? Pernah dengar tak penyedih? Orang yang perasaannya terlalu rapuh. Even benda yang kecil-kecil pun boleh buat berderai air mata keluar contohnya macam bila tengok orang tua yang makan sorang-sorang macam gelojoh pun dah boleh buat aku sedih sangat-sangat. Penat sebenarnya jadi macam ni sebab asik nak kena keluarkan air mata je. Mungkin sebab ni jugak aku takut nak jatuh cinta, suka kan seseorang. Sebab bila dah suka mesti perasaan akan selalu terluka. Bila terluka memang tak boleh nak tanggung la kan cerita dia. Sebenarnya nak cerita kenapa sedih ni. Tapi nanti-nanti la. Sebab da penat nangis. Nak cerita kena ada energy sebab panjang. haha.

Sunday, January 19, 2014

Field work dan sebuah kesedaran



Ceritanya, dua hari ni saya pegi field work untuk final year project. Actually bukan project saya, tapi kawan, saya just tolong-tolong n temankan dia sebab kitorg under supervisor yg sama. So, kitorg pergi kampung orang asli nak dapatkan stool sample dorg untuk cek sama ada dorg ada helminth(cacing) infection atau tak. Ni gambar-gambar yg saya sempat capture masa kat sana.
















Masa kitorg sampai sana, saya happy sangat sebab dorg semua layan n welcome kitorg dengan baik even kitorg request untuk sample najis yang bukan senang-senang orang boleh terima benda ni. Pakcik-pakcik, makcik, abang, kakak, n budak-budak pun sporting je willing nak bagi sample tu. Dorg sikit pun tak rasa macam dipergunakan sebab golongan researcher mcm kitorg ni mmg selalu target kaum dorg untuk buat kajian. Sikit pun tak marah, ada yang lagi baik siap nak tolong kitorg distribute kn container tu ke rumah-rumah, means keje kitorg ringan sikit la.  Saya betul-betul impress n terharu. Saya terfikir kalau orang lain maybe akan marah, halau atau tak nak layan after dengar kitorg request najis dari dorg kan.

Masa kitorg jalan dari rumah ke rumah nk distribute stool container tu, saya dapat tengok sendiri macam mana life dorg yg sebenar. Life dorg mmg sangat-sangat serba kekurangan. Makan minum cuma apa yang ada, apa yang dorg tanam atau ambil kat hutan sebab dorg takde duit nak beli makanan. Even selipar pun dorg takde sebab sayang duit nak beli lagipun dorg lagi selesa berkaki ayam. Dorg tinggal ramai-ramai dalam satu rumah yg kecil, ada yg tinggal sampai 20 orang dalam satu rumah. Dalam rumah dorg mmg takde toilet, kebanyakannya membuang kat sungai. 

Tapi even dorg serba kekurangan macam ni, tapi sy dapat tengok life dorg happy sangat, sebab dorg bersyukur dengan apa yg ada, apa yg dah ditakdirkan untuk dorg. Bila fikir-fikir balik, saya sebak n menangis sebab kadang-kadang saya lupa untuk bersyukur dengan apa yg sy ada sekarang ni. Saya selalu sedih n merungut kenapa Allah tak kurniakan apa yg saya impikan, kenapa saya kadang-kadang gagal untuk dapatkan apa yg sy nak dalam hidup, saya cemburu dengan kejayaan n kebahagian org lain. Saya lupa, saya selalu set in mind dengan kejayaan saya akan dapat kekayaan, dengan ni saya boleh tolong family n dapat kebahagiaan yg saya nak. Bila saya gagal skit untuk dapatkan apa yang sy nak, sy terus down tak happy sedih takde semangat nak teruskan kehidupan. Tapi saya salah n sebab ni la saya tak happy sebab sy jarang bersyukur dengan apa yg ada. Saya langsung tak sedar, ada orang lain yang serba kekurangan tapi sebab dorg bersyukur dengan apa yg dorg ada, so Allah kurniakan kebahagian kat dorg, nikmat terindah dalam hidup.

Saya bersyukur sangat, rupanya ni la hikmah Allah nak bagi pada saya bila saya pergi field trip ni. Now I learn an important lesson in life. In our life, we can't expect things to be so perfect and beautiful like what we always want just because we see someone else are having a perfect life. All we need to do is feel bless of what we have because He always give us what we actually need in life, not that what we want. :)


Saturday, January 4, 2014

Random Picture :)



Hai, lamanya tak upload gambar random-random kat blog. So, since tengah banyak gambar ni nak share la kat sini, tapi banyak gambar-gambar selfie, berangan je la. hahah.




 This is the latest picture of me. hehe. BTW, this tuesday im already 22. :)




 Ini family saya, kecuali girl baju merah n boy kecik kat depan tu je bukan, n ayah takde dalam gambar.




 Me with my mom. Oi budak comel, kenapa pelik sangat muka tu tengok kitorg? haha










The eldest and the youngest child





Berangan kat semak pun jadi. nasib baik semak cantik




Okay, tu je. Dah bye!


#Throwback

Still remember, during my form 4 study, i already have the mind of inventing something. One day my MRSM Muar is helding like a 'Pameran Innovasi Day' something like that I can't remember the exact name. We, form 4 students have to pick a topic whether documentation base or scientific and innovation base, or many more sadly i can't remember all (short term memory loss). And we have to form a team of four or five person then come out with a topic to present during that day. We are compose of all girl in the group and choosing a topic on scientific and innovation based sebab masa tu sape yang pilih topic tu memang gempak brilliant habis lah sebab susah and have to create or invent new thing scientifically. haha. So lepas fikir fikir fikir we dont have the idea on what to invent. Biasalah girl kan mana kreatif minded sangat. Then, im going back to my hometown for the midsem break. Satu hari tu kitorg balik rumah nenek, dia nampak banyak sangat jerawat cucu dia ni, then dia suruh amik daun ketapang kat belakang rumah tepek kat muka tu biar hilang jerawat. This is like traditional method to reduce acne lah. So tiba-tiba idea datang for the invention. *ting ting (bunyi idea). Why not I choose as the topic cause i think no one ever produce the acne solution from daun ketapang. So I came out with the title 'Daun ketapang as an antiseptic' and suggest it to my group mate. Peh idea dah macam tajuk-tajuk thesis research kat U dah kan. Dorg pun macam wohooo gempak gila tak pernah tau pun benda ni so they agreed. Tapi tajuk  'Daun ketapang as an antiseptic' macam buruk je bila fikirkan balik at least tukar la nama tumbuhan tu ke nama scientific dia kan sebab tak scientific langsung but u know lah baru form 4 what to expecttt? haha. Then pum pang pum pang sampai hari presentation. We did expect to win at least for the 3rd or 4th place. But we didn't manage to get it. Because you know why?? Salah nama tumbuhan. Nama tumbuhan yang sepatutnya adalah 'Daun Gelenggang' bukan 'Daun Ketapang'. Silapnya masa sy dengar nenek sebut daun ketapang sebenarnya dia sebut daun ketepeng. ketepeng tu is like nama pasar bagi daun gelenggang lah yg dorg suka suka hati cipta kan. I misheard it as 'Daun Ketapang' yang sebenarnya daun ketapang tu wujud tapi tumbuhan lain. So we lose just for that mistake. Big mistake from the start actually. huh. Epic failed!