Wednesday, August 1, 2012

my childhood memory. :)

Hai! kita berjumpa lagi dihari dan waktu yang sama! :) *tetibe.  dhla lama tak update. dush!


Tadi  masa saya tengah kerja tetibe teringat memori zaman kanak2. ok2 sebelum tu, saya teringat memori masa saya pegi kem kat Gua Tempurung haritu, pastu terbawak2 sampai zaman kanak2 pula. sungguh takde kena mengena bukan? tapi harini, first, saya nak cerita pasal kem haritu. haritu lah sangat,dah berabad baru nak tulis kat blog. pemalas betul. sobs. rugi  kalau saya tak catat perkara2 awesome macam ni sebab satu hari nnt kalau baca balik pasti tersenyum. Tak banyak gambar pun saya ada sbb aktiviti dia semua boleh tahan challenging, so dorg tak galakkan kitorg bawak camera. sayang kan.


Kem yang saya join ni nama dia HIJAU which is kem adventure untuk melatih ketahanan diri kitorg. saya ialah salah satu peserta dan organizer juga. setelah bertungkus lumus menyiapkan paper work dan sebagainya, akhirnya berjaya jugak semuanya.saya tak nak cakap banyak, kita tengok gambar la ea. :)




ini campsite kitorg. gambar dicapture sejurus sampai kat sini. skemanya ayat. TT I love this place so much, environment dia, makanan dia,orang2 dia, semua skali lah! <3 fyi, kat blakang tu ada sungai. bagi orang2 jakun seperti saya, jumpa sungai adalah perkara terOhsem dalam hidup. rasa macam nak terjun terus dalam sungai lalu mandi manda. sedih bukan perangai? eh ,orang perak semua baik2 kan. nak cari orang perak la.hiks.


Aktiviti 1st kitorg ialah 'caving'.



ini adalah sedikit view dalam gua. tak banyak actually gambar2 dalam gua, sebab dia tak galakkan bawak camera.saya pilih gambar ni sebab ada secebis saya kat dalam tu.(sebelah guide pakai baju putih tu. saya selalu kat sebelah abg guide ni sbb suka dgr dia pengalaman yang macam2 dia tu.:))  Gua ni cantik sangat,macam2 ada kat dalam ni. kitorg ambik pakej paling adventure and its worth. :) 



ni gambar kitorg beramai2 before perjalanan patah balik. masa ni rasa macam dah penat sangat,ingatkan dah sampai, rupanya kena patah balik perjalanan masuk yg panjang td. bayangkan.TT aktiviti ni makan masa 4 jam. fuhh. 


Aktiviti kedua( hari kedua) - 'Waterfall Abseiling'. :)



Ni gambar sebelum masuk kawasan air terjun. 



muka ceria sebelum turun air terjun. hehe



gambar sebelum jatuh. tssk. sakit tawu jatuh kat batu. balik2 tengok badan dipenuhi lebam.wuwu. masa ni saya rasa nak menangis. tak tau macam mana nk cerita feeling masa tu. saya  stuck kt situ. tak boleh nak turun. dahla air terjun menghentam dari atas. fuhh


Aktiviti ketiga- White Water rafting kat sungai Kampar.


ni masa buat water confident. dorg ada amik gambar kitorg sorang2. macam2 gaya ada. nasib baik gambar saya masa ni senonoh la jugak.haha


cabaran bermula. ni tube group saya.masa ni tube stuck kat batu. kena buat bam-bam byk kali sampai bengkak punggung kitorg. 




nice shot kan. eheh. masa ni semua tengah jaga2. kalau tak terbalik tube.



rehat kejap.dia bagi kitorg bersihkan diri dan berendam2 dalam sungai.



dah nak sampai. muka happy je memasing.penat yang teramat sangat. 3jam lebih baru habis.


BBQ!


malamnye lepas penat beraktiviti,kitorg buat BBQ. tugas saya pegang torchlight dan suluh dorg panggang makanan. hehe.senang je.


last day.



sebelum bertolak balik. im gonna miss this place so much. TT


Banyak lagi aktiviti yang ada tapi takde gambar.salah satunya night walk yang buatkan saya hampir lemas. wuwu. Tahun ni punya aktiviti banyak berasaskan air. Last year dorg daki gunung tahan. sy sepatutnya join, tapi last2 minute tak sihat. something wrong with my blood pressure and blood constituent. masa tu jugak saya dapat low BP dan low glucose level yg xmembolehkan sy daki gunung. sobs. sedih sebab saya suka  perkara adventure sangat2. benda2 yang buat adrenaline rush macam tu. tersangat-sangat suka sampai tak tau macam mana nak explain.


Tadi masa kerja saya terfikir,macam mana saya boleh suka benda2 macam ni kan? mungkin sebab zaman kecik2 saya banyak spent time kampung yang buat saya jadi macam ni. saya rasa zaman kecik2 saya tak sama macam bebudak pompuan lain. masa dulu saya rapat sangat dengan 2 org abang sedara yang boleh tahan dajal dia. dari dulu sampai sekarang saya senang rapat senang lelaki tak tau kenapa. bila dah rapat dengan diorg macam2 la diorg ajar. banyak benda yang tak boleh nak lupa. saya pernah ikut diorg berkubang dalam parit. bayangkan.tapi parit dulu tak macam sekarang, dulu bersih sangat. parit tu dah macam swimming pool dah bagi saya. panjat pokok jangan cerita,mmg dah master sangat. selalu main  kejar2 atas pokok. pastu saya pernah ikut dorg masuk kebun orang. lepas tu lapar, sebab masa tu dah tengah hari, nak balik takut mak marah, so kitorg bakar ubi kayu, goreng telur ayam kampung, etc. survive gila. padahal kitorg baru sekolah rendah je masa tu.takla besar mana. lepas dah makan,kitorg buat khemah guna pelepah kelapa sawit. jadi pulak tu. tidur, tak sedar dah malam. sebab takut ada bunyi macam2,kitorg balik rumah.balik2 kena marah kaw2 dengan mak. sobs. lagi, kitorg suka main kat lombong terbiar. tu memang port terbaik untuk main. tak lama lepas tu saya dengar cite macam2 kat lombong tu pastu terus dah tak pegi sampai sekarang. tak tau la macam mana rupa dia sekarang ni. mak,  makcik2 saya cerita,lombong tu keras, banyak pontianak. sejak tu terus tak pegi. haa yang paling best, dulu tak jauh kat kg saya ada ladang tembikai. bila bosan2, pegi sana main kejar2 sambil makan tembikai. tempat dia luas, berbukit dan berangin. cantik sangat. dah lama tak pegi. tak tau la ada lagi ke tak. saya jarang balik kg nenek saya, jadi bila balik jadi jakun sedunia, segala perangai nakal2 keluar, sebab abang sedara ajak buat macam2 yang best. bila saya makin besar, dorg pun makin besar, dah tak pegi dh semua tempat2 tu. rindu sangat. saya rasa sebab ni  saya jadi lasak n suka buat benda2 lasak. tapi sekarang jarang sangat dapat peluang buat benda2 macam ni.baru-baru ni je ada peluang bila da masuk U. rindunya nak buat semua tu balik. :)

eh, sekarang dah pukul 2 pagi. esok saya kena kerja. banyak lagi nak cerita kat blog tapi dah letih. need to rest. esok tak bangun plak sahur kan. buat masa ni sampai sini je tapi perlu berazam kena selalu update blog.  tssk 


pens off.

p/s: rumah adalah tempat paling heaven didunia lalu berasa tak nak naik sem. tssk