Thursday, March 8, 2012

Ketentuan

Assalamualaikum,

Dulu hanya sakit kerana disakiti.
Kini sakit kerana disakiti dan sakit kerana menyakiti.




Tuhan, makbulkanlah doa aku supaya dapat segera melupakan segala kenangan yang pernah aku lalui.


pens off.

Tuesday, March 6, 2012

Permulaan bulan yang genting.

Assalamualaikum.

Tarikh2 penting sepanjang bulan Mac:

12 Mac- Tarikh untuk submit research report. 
2000 words perlu ada, tapi satu word pun belum start lagi. OMG TT. Esok perlu gather laju-laju seberapa banyak info. 

17 Mac- Kempen Derma Darah dan Pameran Kesihatan astar.
-Tag nama untuk urusetia tak siap lagi, tapi dah serahkan pada AJK untuk buat. harap semua berjalan lancar.
-Jumaat ni perlu kutip semua borang derma dari AJK, tapi diri sendiri punya satu sen pun belum terkutip lagi. OMG. TT.
-Barang2 yg diperlukan jugak belum buat tempahan on9.


18 Mac- Open Floor FHT (yang ni paling miserable)
-Tema belum jelas.
-Meeting floor esok berharap anak buah bagi kerjasama tahap maksima.
-lepas decide tema, perlu shortlist barang yang nak beli, dan pegi beli laju2 sebab tak da masa. TT
-cari dua orang assistant.
-Divide tugas cepat2,dan  kumpul bahan terbuang.
-Pilih wakil Mrs Astarian dua orang, harap ada yang nak volunteer.
-cari satu hari untuk gotong royong hias floor.

19 Mac- Pratonton kedua.( memang betul2 nak nangis)
- perlu tingkatkan fokus.

24 Mac- FESENI (speechless)

24-25 Mac- Astar Open Futsal ( clash dgn tarikh feseni, berserah je lah )
-surat2 yang tak pernah putus kena buat. TT

nampak tak tarikh yang berderet2 semuanya tu? Boleh tak nak bulan bulan ni berlalu macam tu je. stress tawu?? TT.

nak nangis, nak nangis, nak nagis. TT

satu hari 24 jam memang rasa tak cukup,sepanjang malam je dah habis masa untuk practise kompang. siang penuh kelas. yang lain2 tu bila pulak nak buat nye pun? TT

dah tu update blog sempat pulak kan.-_-"

nak sambung buat surat, tapi badan dah sakit sangat ni. rasa nak demam pun ada.

pens off

Sunday, March 4, 2012

Buntu

Assalamualaikum.

Beberapa hari ni, ada perkara yang kerap bermain kat fikiran saya. Wajar ke seseorang mengatakan yang dia begitu tertarik dengan seseorang itu, hanya selepas beberapa kali je berjumpa, kenal pon tak sangat lagi. saya rasa tak wajar. saya ada tanya mak saya tentang ni, terus dia cakap, jangan percaya langsung orang macam ni. He is just randomly trying. cuba sana, cuba sini. lagipun dengan rupa macam dia, mana-mana perempuan pun senang percaya. saya faham apa yang mak saya cuba katakan, lagipun mana ada mak yang nak anak perempuan dia senang-senang je kena tipu, betul?. memang ada betulnya. tapi sepanjang perkenalan saya dengan dia, kalau nak dibandingkan dengan apa yang mak saya cakap tentang dia, saya rasa dia tak mungkin seorang yang macam tu. sebabnya, pada saya dia ni agak baik, berkaliber. kenapa berkaliber, sebab dia calon pilihanraya kampus. tak mungkin orang nak pilih dia kalau perangai tak semenggah kan. tapi mungkin jugak dia buat macam ni sebab nak meraih undi.(see, sampai ke sini saya fikir. haish) -_-". tapi, saya tetap ragu-ragu. yela, mana boleh senang-senang nak terima. tapi tak sampai hati pulak nak ignore, mana tau dia memang ikhlas. lagipun tak ramai yang saya jumpa berani cakap direct macam apa yang dia buat. haish. betul-betul tak suka situasi macam ni. TT.


pens off.