Sunday, August 21, 2011

angan..

seringkali memujuk diri ini,
'tidak semua yg kita inginkan kita akan perolehi'..

aku sering dikurniakan yang terbaik untukku.
sama ada yang aku ingin atau tidak terlalu inginkan.
aku bersyukur sekali.
kadangkala berasa diri ini amat beruntung..

tapi ia tidak selamanya..
dikala aku TERLALU mahukan sesuatu,
dan amat yakin sekali aku akan memperolehinya,
malangnya ia tidak berpihak kepada ku..

hati ini menangis.
amat terkilan sekali,
setiap kali melihat impian yang telah sekian lama itu,
terkubur begitu sahaja..

sering memujuk diri ini,
dia telah memberikan terlalu banyak untukku,
mungkin aku perlu mengorbankan yang satu ini,
dia juga tidak akan selamanya memberikan kesenangan kepada hambanya,
mungkin cubaan itu perlu kadang kala,
untuk kita terus mengingatinya,
tidak terus alpa dek kesenangan..

hati yang pedih dan kecewa bukan mudah untuk diubati,
memang begitu lumrahnya,
tapi aku perlu tabah,
dan terus tabah,..
untuk terus menjalani kehidupan.
mungkin akan ada peluang untukku di lain masa.
ya mungkin..






pens off.

Wednesday, August 3, 2011

Me and my braces. =)

saya bosan sebenarnya tapi rasa malas sangat nak update blog. Blogger baru sepatutnya perlu gigih kan, tapi ntahla, saya xpandai menulis sebenarnya, tak layak pon digelar blogger. cuma menulis tentang diri sendiri, orang sekeliling, itu je yang termampu setakat ini. Menghasilkan entry2 berkualiti memang belum termampu lagi. ahha. panjang pulak intro. Baiklah,tanpa membuang masa mari kita teruskan ke topik utama. (bosan gila cara penulisan sebegini bukan?) ah, biarkan.


For ur information guys, saya dah sebulan pakai braces tapi baru sekarang nak up entry sebabnya  'malas'. omg, sangat tidak bagus kan. Tssk.Kali ni saya nak review tentang kronologi pemakaian braces saya dari mula sampai sekarang. In case bagi sesiapa yg nak tahu apa-apa tentang pemakaian braces sebabnya ramai juga yang bertanya. Bagi sapa2 yang tak nak tau pon tak apa, boleh je baca, dan sapa2 yang tak nak baca pon tidak apa2 juga,boleh skip saja entry ini. (kenapa la cakap berbelit2 macam ni. tssk) saya nak bgtau awal2 yang entry ni panjang taw.=)


saya buat number by number okay supaya senang nak faham.

1. Sebab saya memakai braces.
soalan ni ramai juga yang bertanya marah memarahi juga ada seperti ini "hey,gigi kaw bukan dah cantik ke kenapa nak pakai2 benda alah ni?" FYI guys, gigi saya sangatlah tak cantik malah seperti disaster sahaja.tsskk. saya mempunyai gigi yang berlapis di bahagian depan atas, gigi bawah yang semuanya tak align dalam satu barisan, juga gigi bernombor 21 yg terperosok kedalam. macam terkena tsunami saja bukan tapi itulah realitinya. jadi janganlah memarahi saya lagi lepas ni kerana saya memang amat2lah memerlukan braces untuk membetulkan semula keadaan gigi. saya nak tunjuk korang semua keadaan gigi yang sangat teruk ni tapi malangnya tidak ada satu gambar pon yang jelas menunjukkan gigi sebabnya selama ini saya bergambar semuanya close lips sebab gigi tak cantik. see, itu saja sudah membuktikan betapa....... (fikir sendiri.. haha)


2. Kronologi pemakaian braces.
saya plan untuk pakai memang dah lama since form 5 tapi tak ada masa yang sesuai dan keadaan kewangan keluarga juga masih belum stabil ketika itu. tunggu punya tunggu saya rasa ni la masa  yang paling sesuai sebab saya cuti sem selama 4 bulan. apa2 yang berlaku sepanjang permulaan pemakaian braces ni biarlah semasa saya dirumah kan, in case kalau sakit ke apa ke, mak saya ada. eheh. and then lepas tu saya buat survey apa semua, finally saya ambil keputusan nak buat kat satu klinik ni. Buat on the spot macam ni haruslah di klinik swasta, sebab kalau bercadang nak buat kat klinik kerajaan kena masuk waiting list dia dan masa menunggu tu boleh jadi setahun atau dua tahun.(base on my survey). then bila dah melalui process concultancy dari doc kat klinik tu, saya terus say yes.haha excited kan.sebabnya doktor tu sangat2 lah menyenangkan dan memahami buatkan saya tak ragu2 nak buat dengan dia. salah satu sebab saya pilih klinik dia ialah doktor melayu. saya bukan racist, cuma kita akan lebih memahami antara satu sama lain. after process consultancy, dia buat ortho impression. masa ni dia ambil acuan gigi, ambil gambar, etc. sehari lepas tu saya buat x-ray bahagian jaw and keseluruhan kepala. lepas one week dia analyse semuanya, baru start pasang selama lebih kurang dua jam. finally i got my braces. teehee. =)


3. Type of my braces.
braces yang saya pakai ni lain sikit jenis dia. tak macam yang korang selalu tengok tu.nama dia 'Damon Self Ligating Braces'.yang lainnya sebab dia tak da elastic ligature yang warna warni tu. saya pon tak tau macam mana nak explain. tapi rupa dia mcm ni la.yang ini lebih cantik pada saya. eheh

tak da benda warna warni kan (google)

full image(google).. ini bukan gigi saya, gigi saya masih belum jadi secantik ini. eheh



4. Kos
Total cos for my teeth is rm6000+. In case kalau korang nak pakai memang kena get ready dari segi kewangan lah. memang agak mahal but it worth. =)


5. Sakit ke?
sepanjang sebulan saya pakai, tak ada lah sakit mana. sebenarnya tak sakit pon. cuma mulut korang kena adapt lah sebab bukan senang tiba2 ada foreign matter dalam mulut kan. bagi yang sensitive, mula2 tu memang akan ada ulcer sikit.tp sekejap je,once mulut korang dah adapt, dah okay dah. saya tak taula, tapi doctor saya cakap,jenis braces yang saya pakai tu memang mengurangkan kesakitan sebab tu dia agak mahal sikit. so far, saya tak ada apa2 problem lagi.


I'm just sharing kalau ada yang nak tau. saya rasa pengalaman sendiri tu lebih berharga berbanding jika kita cuma membaca fakta.rasanya tu je kot, kalau ada soalan lain2 lagi, boleh je tanya. ni beberapa gambar lepas saya pakai braces.


what do you think?




terpaksa senyum lebar2 untuk mendapatkan view gigi. tssk


oklah, jap lagi nak bangun bersahur. saya tido dulu. till then, take care people. =)

pens off.