Wednesday, March 26, 2014

Aku dah banyak kali kena benda macam ni. Diperbodohkan dek orang. Dipergunakan dek orang. Banyak kali dah. Tapi aku tetap tak sedar. Tak belajar dari kesilapan. Tapi kenapa tiap-tiap kali pun macam ni? Mungkin sebab kebodohan sendiri. Sebab kebodohan sendiri ni la yg membolehkan orang mempergunakan aku macam sekarang ni. Yang lagi pelik aku macam rela je diperlakukan sebegitu. Macam lembu kena cucuk hidung. Ataupun macam orang yg dah terkena nasi kangkang. Perumpamaan dia. Aku tulis ni supaya hari-hari seterusnya aku ingat yang harini aku pernah menangis kerana kebodohan sendiri. Semoga esok aku sedar. Semoga aku boleh ambil tindakan untuk bela diri sendiri dari manusia-manusia kejam bertopeng diluar sana tu. Semoga esok aku lebih berhati hati memilih manusia yang hatinya betul betul baik dan ikhlas untuk dijadikan sahabat.

Sunday, March 9, 2014


Ni aku nak bagitau ni.


Aku bercadang nak sepi sekejap.

Sebab aku nak pegi cari kekuatan.

Kekuatan untuk aku teruskan kehidupan.

Mana ntah dia hilang.

Bila dah jumpa nanti aku keluar balik. Sama-sama dengan kekuatan tu.

Mungkin setahun ke. Dua tahun ke. Aku pun tak tau.

Dan mungkin bila aku keluar balik, dah tak ada sapa ingat kat aku dah.

Dan kalau jumpa aku kat mana-mana, tak payah tegur.

Kalau teguran tu untuk menyakitkan. Menambah luka-luka aku.

Sebab kalau kau tegur, kau pasti tanya khabar aku. Khabar aku sekarang tak baik. Nanti kau tanya kenapa.

Aku takkan boleh jawab. Aku akan bertambah sedih sebab gagal jawab soalan kau.

Ni aku cuma nak bagitau la.

Kalau ada sesiapa yang nak tau.

Eh mungkin tak ada sesiapa yang nak tau.

Sebab blog ni pun tak ada orang baca.



Kadang-kadang aku rasa nak jadi kaunselor.

Kaunselor pada mereka-mereka yang telah tersesat jauh.

Atau pada mereka-mereka yang berada di penjara atas kesalahan-kesalahan jenayah.

Jika ada yang memerlukan sukarelawan untuk itu, aku takkan ragu-ragu calonkan diri.

Aku ingin tolong kerana simpati. Terlalu simpati. Dan memahami.

Sebab aku dah pernah rasa apa yang mereka rasa.

Yang tentunya tak akan ada sesiapa yang akan faham apa yang kita lalui.


Friday, March 7, 2014


I have ruined my own life.

Aku menyesal atas segalanya.

Masihkah ada kemaafan untuk aku?

Ya Allah kau ampuni lah segala dosa yang telah aku perbuat.

Berilah kesempatan untuk aku perbetulkan kesilapanku.

Berilah kesempatan untuk aku merasa nikmatmu, ketenangan serta kebahagiaan.