Sunday, February 26, 2012

Upcoming project

Assalamualaikum.

Tajuk macam serius je kan. haha. Sebenarnya 'project' yg dimaksudkan adalah..
-
-
-
-
-
ini. <3


Next weekend kena balik rumah sebab ada dental appoinment, alang-alang dah ada kat rumah tu, saya nak try la buat bende kat atas tu. Benda yang kat atas tu ialah 'kek batik' tau in case ada yang masih tak tahu lagi. Haa, macam mana la boleh tiba-tiba datang idea nak buat ni kan. Actually, bufday seseorang dah nak dekat.
Langsung tak ada idea nak bagi apa pada dia. Disebabkan dia terlalu sukakan kek batik, jadi nak try la buat ni dengan usaha dan air tangan sendiri. eheh. Memang tak pernah buat kek batik, selama ni mak je yang buat. Sendiri jadi tukang tengok, tolong sikit-sikit dan makan je. Dulu saya memang teruk, langsung tak ada keinginan nak belajar masak. Tinggi sangat ego, apa ntah nak jadi dengan diri sendiri. Tapi lately tiba-tiba ada eager yang sangat kuat nak belajar memasak, mungkin sebab dah nak sampai seru kot. haha. -_-" Satu perubahan yang baik buat diri sendiri. 


Dulu dah pernah masak untuk dia. Bukan masak la actually, tapi baking. I made his favourite and I ask him to give rate lepas dia rasa. Malangnya dapat 6/10 je. Pada saya itu dikira gagal sebab saya expect at least saya dapat 8/10. Tu lah, overconfident lagi! padan muka sendiri.  Kecewa sangat rasa, sebab saya buat tu dengan sepenuh hati dan kepayahan. kenapa payah? sebab first time buat sendiri tanpa pertolongan mak. Mak tolong sikit-sikit je, bagi komen tentang rasa, sukatan, etc. The rest, saya buat sendiri. eheh. The result was awesome, sebab adik-adik, ayah pun suka. Tapi tak kena sangat dengan lidah dia mungkin TT, tapi habis jugak dia makan. -_-". BUT, i won't give up. This is my second try. Tengok nanti macam mana pulak result dia. Kali ni tak nak overconfident lagi. TT. haha. Tapi yang penting niat ikhlas, buat sepenuh hati dan sepenuh kasih sayang. =)


pens off. =)

Wednesday, February 22, 2012

Don't judge a book by its cover.

Assalamualaikum..

Saya ada sorg kawan. Tak, bukan kawan, tapi 'a very bestfren'. haha.. Dia ni lelaki, 4 tahun lebih tua dari saya. He got a look. pftt, terpuji pulak. Apa yang menariknya adalah cara kami menjadi bestfren.


Dulu saya langsung tak kenal dia. First time jumpa masa kami sama-sama terlibat dalam satu aktiviti kolej ni. Biasalah kan masa first time kenal orang mesti ada 'first impression'. Jadi 'first impression' saya pada dia adalah yang buruk-buruk belaka.haha. Mamat bajet, sombong, dahla mysterious, ego,sebab dia tak pandang pon kitorg yang junior ni, buat macam kitorg ni tak de kat situ je. Nak mesra-mesra terus tak jadi, sedih jugak la sebenarnya masa tu sebab nak bekerjasama lama dengan dia lepas ni, so kalau tak pernah nak bercakap macam mana nak bekerjasama kan. Tambahan dia ada rupa dan umur yg jauh lebih tua, menyebabkan persepsi negatif pada dia semakin bertambah. haha. serius takde kena mengena. Tapi tak kisah sangat lah kan, sebab saya fikir, tu first day jumpa, lepas-lepas ni mungkin okay kot. Tapi,,,, dia tetap berperangai macam tu lepas dua tiga perjumpaan. haish. So,i make my own conclusion yang dia ni memang seorang yang susah untuk didekati apatah lagi dirapati. Like I care, kan. Tapi kalau tak kisah kenapa nak sibuk-sibuk pasal dia pulak kan. -_-"


Lepas sebulan, barulah kitorg bercakap sikit, tu pun sebab selalu lepak minum-minum kat cafe kolej lepas training dengan dorg. Mula dari situ la saya start tau sikit-sikit tentang latar belakang dia. Tapi hubungan tu masih awkward lagi, masih ada benteng senior junior, tak rapat mana pun, cakap pun sikit-sikit je. Lepas dua bulan, baru la macam rapat sikit, dah boleh gurau-gurau, berbual tapi berbual tentang aktiviti je la, tak lebih, sebab dia memang tak suka cerita pasal diri dia lebih-lebih pada orang yang tak rapat sangat. Then it goes sampai la hari pertandingan. Lepas tu dah jarang jumpa, tegur pon kat group facebook je la.



Sampai la satu hari ni, setelah berbulan-bulan jarang bertegur sapa dan berjumpa,tiba-tiba terberbual dengan dia kat facebook chat. Tak ingat sapa yang tegur sapa dulu dan tak tau macam mana kitorg boleh terberbual panjang pulak haritu. Tapi facebook chat masa tu macam stuck2, nak borak pon tak best. Disebabkan kitorg eager lagi nak borak panjang2, dia mintak ym saya. Lepas add, kitorg sambung borak sampai tak ingat dunia. Masa tu saya rasa macam terlalu serasi dengan dia, macam dah lama kenal. Tapi memang sepatutnya dah lama kenal pon kan. apakah. Lepas hari tu, kitorg macam addicted nak chat hari-hari. Start dari situ la mula kenal dia dengan mendalam. Cerita pasal family, kisah lampau masa belajar, bercinta, masa kecik-kecik, semua dah tau. Paling suka nak share part ciri-ciri perempuan idaman dia. ntah apa-apa. Masa tu jugak la saya reveal tentang first impression saya pada dia. Macam nak gila dia gelak dengar semua tu. Dia explain yang dia bukan sombong sebenarnya, cuma dia agak pemalu dan tak tau macam mana nak rapat dengan perempuan. Lagi pula dia ada pengalaman lampau tak berapa baik dengan perempuan, so dia ambil langkah berjaga-jaga maybe. Then it goes sampai la sekarang. Saya sedih, happy, risau, marah, bahagia, semua saya story kat dia. Same goes with him even dia dah ada girlfriend dah pun sekarang, habit suka borak panjang-panjang masih ada lagi. Dulu kitorg suka meratapi nasib diri yang forever alone, tapi sekarang dia dah jumpa his mrs.right.  Dia dah tak forever alone dah, tinggal la saya sorg-sorg forever alone nangis tepi sudut. TT. Lepas kenal rapat macam ni, ternyata dia lain sangat dari apa yang saya anggap dulu. semuanya dah jadi terbalik. Dulu saya benci dia, tapi sekarang apa-apa mesti saya cari dia. kelakar. Antara ramai-ramai yang saya rapat dalam group tu, dia jugak yang akhirnya jadi bestfren saya.


Bila fikir-fikir balik, disebabkan saya join aktiviti ni lah, saya jumpa ramai orang-orang penting dalam hidup saya sekarang. saya jumpa mr.bestfren. Sy jumpa mr.heart jugak. sy jumpa dia tapi dia tak jumpa saya. macam mana tu. TT. nanti-nanti la pulak story yang ni.


I use to write my own memory here, supaya sy takkan lupa, nanti-nanti bila baca balik pasti akan tersenyum sorg-sorg. Saya jenis tak pandai menulis, jadi tu je la panjang cerita saya. Pendek sebenarnya. -_-"

Sekarang dah pukul 2.10, esok class pukul 9. Jadi perlu tido laju-laju. so, nite, mimpi manis. :)

pens off.

Wednesday, February 15, 2012

Telahan yang tepat.

Assalamualaikum..


Haritu kemas buku-buku. Yela, kan da masuk sem baru, semangat pun mesti baru jugak kan. Jadi, nak dapat semangat baru kena ada environment yang cantik dan selesa. Minggu-minggu awal boleh la cantik-cantik bagai, lepas dari tu, jangan harap la, bilik da macam kapal karam pon pandang seblah mata je. Haish, baru tau betapa teruknya diri sendiri. TT


Haa, masa kemas-kemas buku td, jumpa satu buku nota. Saje belek-belek dalam tu, terjumpa la something. Its kind of zodiak/ramalan character macam tu la. Ada salin masa dulu-dulu, tp dah tak ingat bila. Tapi bukan yang jenis yang biasa-biasa punya tu, sebab selalunya jarang nak amik kisah sebab benda-benda tu semua balik-balik nak cliche je kan. Kadang-kadang naik menyampah. But this thing is different. Bukan ramalan la sebenarnya, dia macam character diri yang sebenar base on 'something'. Tak ingat pulak 'something' tu apa. Mybe tarikh lahir atau hari lahir. Ala, biasela. cliche. Tapi yang ni macam agak menarik, its simple but really describing myself. Saya nak salin balik kat sini supaya bende ni tak hilang..

Base on this 'thing' myself heve been descibed as:
1) Mysterious.. often times a loner..
2) You hide your emotions.. sometimes pretending to be always happy..
3) You search for love
4) You have many idea on mind, creative and aggresive..
5) You're independent..

Mula malas nak amik kisah, tapi memang semuanya betul pulak, saje je bende ni kan. terpengaruh jugak akhirnya, ntah pape. haha

Berdasarkan yang kat atas tu, banyak kan yang tak happy. memang betul pun. Ada tak tips-tips untuk jadi happy selalu? haha. boleh pulak kan.

As for now, tu je la nak cerita kat encik blog. encik ke? amboi-amboi.

pens off. :)





kosong.

Assalamualaikum..


As for me, perkara yang paling penting dalam perhubungan ialah keserasian. Hubungan jenis apa pun dan walau dengan siapa kita berhubungan, keserasian adalah perkara yang utama. Perkara yang paling susah untuk dilakukan ialah usaha untuk men'develop' keserasian. Adalah sangat beruntung pasangan yang memang dah serasi secara natural. Tak perlu nak paksa2 diri untuk masuk kedalam jiwa pasangan. nahh,over sekali ayat!.


Can u imagine hubungan selama setahun tanpa keserasian? seksa? ya, memang seksa. bayangkan je la, kalau korang ada classmate/roomate/boyf/girlf yang langsung tak serasi dengan korang. macam mana rasa dia?. Ini salah satu contoh. My situation is different. At last, hubungan yang dipertahankan selama setahun tu terkubur macam tu je. Nothing..


Nasib kau lahh Nooren..


so, entry ni memang tak ada conclusion pun.. saja meluahkan apa yang tak terluahkan dek kata..

pens off. -_-"