Wednesday, March 26, 2014

Aku dah banyak kali kena benda macam ni. Diperbodohkan dek orang. Dipergunakan dek orang. Banyak kali dah. Tapi aku tetap tak sedar. Tak belajar dari kesilapan. Tapi kenapa tiap-tiap kali pun macam ni? Mungkin sebab kebodohan sendiri. Sebab kebodohan sendiri ni la yg membolehkan orang mempergunakan aku macam sekarang ni. Yang lagi pelik aku macam rela je diperlakukan sebegitu. Macam lembu kena cucuk hidung. Ataupun macam orang yg dah terkena nasi kangkang. Perumpamaan dia. Aku tulis ni supaya hari-hari seterusnya aku ingat yang harini aku pernah menangis kerana kebodohan sendiri. Semoga esok aku sedar. Semoga aku boleh ambil tindakan untuk bela diri sendiri dari manusia-manusia kejam bertopeng diluar sana tu. Semoga esok aku lebih berhati hati memilih manusia yang hatinya betul betul baik dan ikhlas untuk dijadikan sahabat.

No comments: