Sunday, March 4, 2012

Buntu

Assalamualaikum.

Beberapa hari ni, ada perkara yang kerap bermain kat fikiran saya. Wajar ke seseorang mengatakan yang dia begitu tertarik dengan seseorang itu, hanya selepas beberapa kali je berjumpa, kenal pon tak sangat lagi. saya rasa tak wajar. saya ada tanya mak saya tentang ni, terus dia cakap, jangan percaya langsung orang macam ni. He is just randomly trying. cuba sana, cuba sini. lagipun dengan rupa macam dia, mana-mana perempuan pun senang percaya. saya faham apa yang mak saya cuba katakan, lagipun mana ada mak yang nak anak perempuan dia senang-senang je kena tipu, betul?. memang ada betulnya. tapi sepanjang perkenalan saya dengan dia, kalau nak dibandingkan dengan apa yang mak saya cakap tentang dia, saya rasa dia tak mungkin seorang yang macam tu. sebabnya, pada saya dia ni agak baik, berkaliber. kenapa berkaliber, sebab dia calon pilihanraya kampus. tak mungkin orang nak pilih dia kalau perangai tak semenggah kan. tapi mungkin jugak dia buat macam ni sebab nak meraih undi.(see, sampai ke sini saya fikir. haish) -_-". tapi, saya tetap ragu-ragu. yela, mana boleh senang-senang nak terima. tapi tak sampai hati pulak nak ignore, mana tau dia memang ikhlas. lagipun tak ramai yang saya jumpa berani cakap direct macam apa yang dia buat. haish. betul-betul tak suka situasi macam ni. TT.


pens off.

No comments: