Sunday, August 21, 2011

angan..

seringkali memujuk diri ini,
'tidak semua yg kita inginkan kita akan perolehi'..

aku sering dikurniakan yang terbaik untukku.
sama ada yang aku ingin atau tidak terlalu inginkan.
aku bersyukur sekali.
kadangkala berasa diri ini amat beruntung..

tapi ia tidak selamanya..
dikala aku TERLALU mahukan sesuatu,
dan amat yakin sekali aku akan memperolehinya,
malangnya ia tidak berpihak kepada ku..

hati ini menangis.
amat terkilan sekali,
setiap kali melihat impian yang telah sekian lama itu,
terkubur begitu sahaja..

sering memujuk diri ini,
dia telah memberikan terlalu banyak untukku,
mungkin aku perlu mengorbankan yang satu ini,
dia juga tidak akan selamanya memberikan kesenangan kepada hambanya,
mungkin cubaan itu perlu kadang kala,
untuk kita terus mengingatinya,
tidak terus alpa dek kesenangan..

hati yang pedih dan kecewa bukan mudah untuk diubati,
memang begitu lumrahnya,
tapi aku perlu tabah,
dan terus tabah,..
untuk terus menjalani kehidupan.
mungkin akan ada peluang untukku di lain masa.
ya mungkin..






pens off.

No comments: