Sunday, August 21, 2011

angan..

seringkali memujuk diri ini,
'tidak semua yg kita inginkan kita akan perolehi'..

aku sering dikurniakan yang terbaik untukku.
sama ada yang aku ingin atau tidak terlalu inginkan.
aku bersyukur sekali.
kadangkala berasa diri ini amat beruntung..

tapi ia tidak selamanya..
dikala aku TERLALU mahukan sesuatu,
dan amat yakin sekali aku akan memperolehinya,
malangnya ia tidak berpihak kepada ku..

hati ini menangis.
amat terkilan sekali,
setiap kali melihat impian yang telah sekian lama itu,
terkubur begitu sahaja..

sering memujuk diri ini,
dia telah memberikan terlalu banyak untukku,
mungkin aku perlu mengorbankan yang satu ini,
dia juga tidak akan selamanya memberikan kesenangan kepada hambanya,
mungkin cubaan itu perlu kadang kala,
untuk kita terus mengingatinya,
tidak terus alpa dek kesenangan..

hati yang pedih dan kecewa bukan mudah untuk diubati,
memang begitu lumrahnya,
tapi aku perlu tabah,
dan terus tabah,..
untuk terus menjalani kehidupan.
mungkin akan ada peluang untukku di lain masa.
ya mungkin..






pens off.

Wednesday, August 3, 2011

Me and my braces. =)

saya bosan sebenarnya tapi rasa malas sangat nak update blog. Blogger baru sepatutnya perlu gigih kan, tapi ntahla, saya xpandai menulis sebenarnya, tak layak pon digelar blogger. cuma menulis tentang diri sendiri, orang sekeliling, itu je yang termampu setakat ini. Menghasilkan entry2 berkualiti memang belum termampu lagi. ahha. panjang pulak intro. Baiklah,tanpa membuang masa mari kita teruskan ke topik utama. (bosan gila cara penulisan sebegini bukan?) ah, biarkan.


For ur information guys, saya dah sebulan pakai braces tapi baru sekarang nak up entry sebabnya  'malas'. omg, sangat tidak bagus kan. Tssk.Kali ni saya nak review tentang kronologi pemakaian braces saya dari mula sampai sekarang. In case bagi sesiapa yg nak tahu apa-apa tentang pemakaian braces sebabnya ramai juga yang bertanya. Bagi sapa2 yang tak nak tau pon tak apa, boleh je baca, dan sapa2 yang tak nak baca pon tidak apa2 juga,boleh skip saja entry ini. (kenapa la cakap berbelit2 macam ni. tssk) saya nak bgtau awal2 yang entry ni panjang taw.=)


saya buat number by number okay supaya senang nak faham.

1. Sebab saya memakai braces.
soalan ni ramai juga yang bertanya marah memarahi juga ada seperti ini "hey,gigi kaw bukan dah cantik ke kenapa nak pakai2 benda alah ni?" FYI guys, gigi saya sangatlah tak cantik malah seperti disaster sahaja.tsskk. saya mempunyai gigi yang berlapis di bahagian depan atas, gigi bawah yang semuanya tak align dalam satu barisan, juga gigi bernombor 21 yg terperosok kedalam. macam terkena tsunami saja bukan tapi itulah realitinya. jadi janganlah memarahi saya lagi lepas ni kerana saya memang amat2lah memerlukan braces untuk membetulkan semula keadaan gigi. saya nak tunjuk korang semua keadaan gigi yang sangat teruk ni tapi malangnya tidak ada satu gambar pon yang jelas menunjukkan gigi sebabnya selama ini saya bergambar semuanya close lips sebab gigi tak cantik. see, itu saja sudah membuktikan betapa....... (fikir sendiri.. haha)


2. Kronologi pemakaian braces.
saya plan untuk pakai memang dah lama since form 5 tapi tak ada masa yang sesuai dan keadaan kewangan keluarga juga masih belum stabil ketika itu. tunggu punya tunggu saya rasa ni la masa  yang paling sesuai sebab saya cuti sem selama 4 bulan. apa2 yang berlaku sepanjang permulaan pemakaian braces ni biarlah semasa saya dirumah kan, in case kalau sakit ke apa ke, mak saya ada. eheh. and then lepas tu saya buat survey apa semua, finally saya ambil keputusan nak buat kat satu klinik ni. Buat on the spot macam ni haruslah di klinik swasta, sebab kalau bercadang nak buat kat klinik kerajaan kena masuk waiting list dia dan masa menunggu tu boleh jadi setahun atau dua tahun.(base on my survey). then bila dah melalui process concultancy dari doc kat klinik tu, saya terus say yes.haha excited kan.sebabnya doktor tu sangat2 lah menyenangkan dan memahami buatkan saya tak ragu2 nak buat dengan dia. salah satu sebab saya pilih klinik dia ialah doktor melayu. saya bukan racist, cuma kita akan lebih memahami antara satu sama lain. after process consultancy, dia buat ortho impression. masa ni dia ambil acuan gigi, ambil gambar, etc. sehari lepas tu saya buat x-ray bahagian jaw and keseluruhan kepala. lepas one week dia analyse semuanya, baru start pasang selama lebih kurang dua jam. finally i got my braces. teehee. =)


3. Type of my braces.
braces yang saya pakai ni lain sikit jenis dia. tak macam yang korang selalu tengok tu.nama dia 'Damon Self Ligating Braces'.yang lainnya sebab dia tak da elastic ligature yang warna warni tu. saya pon tak tau macam mana nak explain. tapi rupa dia mcm ni la.yang ini lebih cantik pada saya. eheh

tak da benda warna warni kan (google)

full image(google).. ini bukan gigi saya, gigi saya masih belum jadi secantik ini. eheh



4. Kos
Total cos for my teeth is rm6000+. In case kalau korang nak pakai memang kena get ready dari segi kewangan lah. memang agak mahal but it worth. =)


5. Sakit ke?
sepanjang sebulan saya pakai, tak ada lah sakit mana. sebenarnya tak sakit pon. cuma mulut korang kena adapt lah sebab bukan senang tiba2 ada foreign matter dalam mulut kan. bagi yang sensitive, mula2 tu memang akan ada ulcer sikit.tp sekejap je,once mulut korang dah adapt, dah okay dah. saya tak taula, tapi doctor saya cakap,jenis braces yang saya pakai tu memang mengurangkan kesakitan sebab tu dia agak mahal sikit. so far, saya tak ada apa2 problem lagi.


I'm just sharing kalau ada yang nak tau. saya rasa pengalaman sendiri tu lebih berharga berbanding jika kita cuma membaca fakta.rasanya tu je kot, kalau ada soalan lain2 lagi, boleh je tanya. ni beberapa gambar lepas saya pakai braces.


what do you think?




terpaksa senyum lebar2 untuk mendapatkan view gigi. tssk


oklah, jap lagi nak bangun bersahur. saya tido dulu. till then, take care people. =)

pens off.

Saturday, July 2, 2011

jom berangan!

Disebabkan saya bosan yang terlampau amat jadi sepanjang masa dihabiskan dengan berangan. Jadi kali ni nak ajak korang berangan sama2 jugak. hihi

kalau semua ni jadi kenyataan memang sangat happy dan bersyukur.

kepada bakal suami saya nanti,mari saya bagitahu kengininan yang tidak seberapa ini. hikhikhik
( tak seberapa lah sangat, lepas baca ni confirm takde orang mahu menjadi sang suami.TT)

ok,tidak mahu membuang masa mari kita mulakan..






1. menunaikan umrah bersama suami.

ini memang impian saya untuk mengerjakankan umrah bersama setelah berkahwin nanti sekaligus dengan berbulan madu. (hoi! gatal gila dah pikir pasal kahwin!)hehe









2. Holiday ke Paris

malu nak taip honeymoon jadi gantikan dengan word holiday. hehe









3. bermain di Hong Kong disneyland!


ini sememangnya impian sejak kecil. seronoknyaa! (again, saya sorang je yang excited terlebih)








4. Menghirup udara segar di Bukit Tinggi



Tak dapat yang atas-atas tadi pun takpe tapi yang ni saya memang berharap sangat.




kenapa saya hendak melakukan semua ini dengan sang suami adalah kerana haruslah ada peneman semasa pergi berjalan2 ditempat yang jauh begitu kan, jadi jika ada sang suami yang berjantina lelaki semestinya berasa amatlah secure dan boleh melindungi diri saya dari orang2 jahat. (alasan semata-mata padahal sudah berangan mahu berkahwin! =.=' )


confirm lepas ni semua orang teragak2 mahu menjadikan saya calon isteri bukan. TT .. Takpe, ini cuma angan2 sahaja, kalau tak dapat pon takpe. (tetapi masih kuat berharap. haha. keji)


till then..



take care people!

p/s: thanks a lot kepada follower2 yang sudi follow blog picisan saya ni. =)

Friday, July 1, 2011

bloglist ADIB SYAZWAN

Gua rasa xsalah kalau gua nak join bloglist skali skale ye dak? haha ayat nak gud2 je kan.



okay, back to the topic. Kenapa saya join bloglist ni ialah sebab ianya simple sangat dan xmemeningkan kepala jadi saya join la just for fun.sounds good aite? FYI, this is my very first time saya join segmen yang dianjurkan oleh blogger lain. =)

kalau korang nak join juga boleh just click at the banner kat atas tu then join. simple je.

till then, selamat menjoin! ade ke word 'menjoin'.hehe gasak la. =)

Thursday, June 30, 2011

Quiling art yang sangat cute!

Do you ever heard about quiling art?

Kali ni saya guna I okay sbb lebih simple. hikhik (jangan muntah)

Jadi harini I nak review tentang quiling art sebab lately kan, I dah tergoda dengan art ni yang kawan I buat, then dia upload picture kat facebook. Cute gila, seriosly OMG!! okay, I sorang je yang excited, fine! TT

Okay,I xtau la korang pernah tau ke x about this so cool art atau I yang sebenarnya ketinggalan zaman kan.haha.  I xtau macam mana nak explain kat korang ape bende quiling art ni sebenarnya. I explain guna picture je la ye dan I tunjuk sebahagian je, nak lagi search kat google ye. xmo malas!









Cute sangat kan!

I ada buat satu tapi xberapa cantik sebab xda quiling kit (alat2 nak buat art ni). I guna tangan je, so little bit messy dan buruk. TT. xpela, nak tunjuk jugak. taraaa


ye tau, xcomel macam yang kat atas tu. tssk TT
Ingat nak dedicate untuk someone tp xcantik la pulak. kuikui. Xpe, nanti buat yang lain.

p/s: I dah seminggu pakai braces taw, nnt I update pasal braces pulak.

Ok then, i nak sambung BW. take care peeps. :)