Wednesday, September 18, 2013

Aim of life

Wow, masuk post ni dah 3 kali post dalam satu hari. Ini gila. Bila ada mood nak tulis kat blog sampai macam ni skali, bila takde mood, sebulan, setahun, lantak kau lah blog. kahkah. Teruk perangai.

Tadi selak-selak diari lama, diari lama saya bukan satu buku je, berbuku-buku. haha. Tadi baca yang kat matrik punya version so macam matang skit la diari tu kan nak compare gn diari time sekolah-sekolah mcm gambar kat bawah ni. Malu je rasa, tapi ia kenangan kan, baca-baca balik boleh buat gelak-gelak hilang stress. hahah




Diari time sekolah menengah. Boleh nampak betapa tak matangnya saya. T.T

Okay back to the story, tadi time baca diari kt matrik tu, ada satu page tu saya list out kan aim hidup untuk setiap tahun apa yang saya nak achieve sampai la tahun 2016 which saya berumur 25 tahun. Apa yang saya tulis tu macam ni:

2009/18- 4.0 Flat PSPM 1
2009/19- 4.0 Flat PSPM 2, Degree in Forensic Science UKM
2011/20- JPA scholarship
2012/21- Have motor&car lisence
2013/22- Final year degree
2014/23- Work under Polis Diraja Malaysia (Forensic)
2015/24- Have a car & house
2016/25- Married

And yang pulak saya nak tulis apa yang saya berjaya achieve, apa yang tidak dan apa yang belum:

2009/18- 3.75 PSPM 1. :'(
2009/19- 3.85 PSPM 2. :'(, Degree in Biomedical science UM.
2011/20- JPA scholarship :)
2012/21- Not yet :'(
2013/22- Final year degree
2014/23- 
2015/24- 
2016/25-

Erm dari situ saya boleh nampak aim saya banyak yang lari n lain pulak yang saya dapat. But all i need to do is bersyukur, atas semua yang dah dikurniakan pada saya n apa yang saya dah achieve. Dia lebih tau apa yang terbaik buat saya kan. Okay tu je nak story. Esok kelas 8-5 macam biasa, kena tido laju-laju. Goodnight semua. :)

I'm losing my skills

Saya dulu duduk asrama. Form 1-3 kat Asrama SMK Tun Mamat, Tangkak.  Form 4-5 kat MRSM Muar, lepastu Matrik Johor, and sekarang ni, UM. hehe.  Kecik-kecik lagi dah duduk asrama kan, sobs. Tapi masa mula-mula masuk form 1 dulu tak homesick pun, excited betul nak masuk asrama, tak nangis pun kena tinggal, gelak-gelak je tengok kawan-kawan sekeliling nangis. haha kemain kan. Tapi makin besar ni makin kuat pulak homesick, teruk betul perangai, nak balik U haritu siap nangis-nangis. What happen to me actually? T.T.

Tapi sebenarnya bukan nak cite pasal homesick pun, nak cite pasal skills. Dulu masa duduk asrama macam-macam skills belajar, contohnya skills disiplin diri, macam waktu bangun, tido, solat, study, makan on time, kekemasan diri n tempat tinggal, etc. Sekarang ni semua tu dah lupa sebab lama tak amalkan. Waktu study, makan, tido, semua dah kelaut. Betullah kan hidup ni akan jadi kucar-kacir without rules. Dekat U ni mana ada rules dah, semua dah besar lah kononnya, boleh fikir sendiri, haa thats why lah jadi macam ni kan. Kadang-kadang terfikir macam mana la nak kawin ni, disiplin diri semua dah tak betul. Ehh. hahah. 

Tapi ada satu benda ni saya memang selalu amalkan jugak, which is tegangkan katil lepas bangun tido or before nak pegi class. Skills ni of coz lah dapat time duduk asrama dulu kan, duduk rumah takdenya nak tegang katil. haha. Tapi makin lama saya dah tak reti nak buat cadar tu tegang setegang-tegangnya macam dulu kat asrama. sedihh.



Ni katil saya sekarang, gambar ni saya ambil lepas bengang pagi semalam tunggang terbalik nak tegangkan cadar tapi tak jadi-jadi. Nampak tak tu komot-komot? sobss. Tu yang terfikir terus nak buat blogpost ni.

So conclusion dia.. Erm takde conclusion kot, kahkah. Actually takde idea dah nak tulis apa. -_-". dah bye.

NOOREN

Someone, which is my lovely friend, once dedicated this poem for me. I can't really understand the meaning, but i know its beautiful. :)

N- Nistalah segala kepahitan
O- Oleh kerna kepercayaan
O- Oleh kerna kasih sayang
R- Rindu yang tak kesampaian
E- Entah adakah angan itu dusta
N- Nafas ini bagaikan terhenti seketika

Thanks Rabiaton Haron. :)

Thursday, September 5, 2013

Ujian

Hari ini,
Aku diuji lagi,
Ujian yang bukan biasanya datang.

Kali ini,
Betul-betul menguji,
Sampaikah aku melakukan hal sebegitu rupa?
Tidak.
Kerana itulah aku menangis.

Menangis kerana keliru,
Keliru dengan apa yang aku mahu,
Keliru dengan ujian apakah yang datang saat ini.

Ya tuhan,
Bantulah aku,
Aku bukan kuat,
Aku cuma manusia biasa,
Yang sering bazirkan air matanya,
pada hal yang tidak sepatutnya.

Saat ini,
Aku keliru,
Akan apa yang harusku lakukan seterusnya.

Saat ini,
aku cuma mahu sendiri,
berfikir,
dan memuhasabah diri.

-Nooren-

Tuesday, September 3, 2013

Azam baru..

Assalamualaikum..

Fuhh lama gila tak blogging, my last post was on oct 2012, hampir setahun tu. Gaya penulisan pun aku dah lupa, terpaksa tengok post-post lama. Kenapa stop blogging pun aku dah lupa. Hoi kau ni hilang ingatan ke apa semua lupa. kahkah.

Tapi kenapa nak start balik? Maybe sebab ada banyak benda nak luah tapi tak terluah, lagipun next week nak start sem baru dah (final year insyaAllah), pasti banyak benda yang mendatangkan stress, so keputusan terbaik adalah start blogging balik, at least ada medium untuk meluahkan something kan. Lepas ni kalau ada satu hari satu post pon nice gak, macam diari gitu. eheh.

Actually main topic tadi nak tulis azam baru untuk sem yang baru, tapi panjang plak intro. haha. okay takyah buang masa, kita shortlistkan apa azam baru ye.

Azam baru sesi 2013/2014 (amboi siap bersesi-sesi bagai) :

1) Taknak ponteng kuliah dan praktikal
2) Rajin-rajinkan diri duduk kat parasite department siapkan FYP
3) Rajin baca journal (satu hari satu journal)
4) Taknak tido lepas subuh
5) Jogging tiap-tiap petang/ workout kat bilik hari-hari
6) Taknak tangguh assignment/ homework
7) Kurangkan 0n9, main-main, dating, etc
8) Taknak join apa-apa projek kolej
9) Study awal before conass/ Exam
10) Taknak tinggal solat
11) Rajin baca al-quran
12) Pastikan bilik sentiasa bersih, kemas, cantik dan wangi

Semoga semua azam-azam tu dapat tercapai, tapi selalunya awal-awal je terlaksana dengan jayanya. sigh. Eh tak tak mindset je tu, mindset. Fikir yang baik-baik dan tetapkan pendirian okay nooren. :)

Azam untuk encik blog pulak, nak rajin-rajin update dia. Kalau dulu post banyak pasal stress, sedih, kecewa, heartbroken, putus cinta even tak pernah bercinta bagai. Tapi sekarang kalau boleh nak banyakkan update perkara yang baik-baik dan menceriakan supaya nanti diri sendiri baca pun mood happy je. Nampak sangat diri sendiri je yang baca baca blog ni. kahkah

Okay tu je buat masa ni sebab badan dah penat dan gigi juga dah sakit ketat sangat doc pasang besi, so time to sleep. So long and goodnight :)

Pens off.